Thursday 2 October 2014

Peraturan Baru Spesifikasi / Kadar Ketelusan Cahaya Cermin Gelap/Tinted Kenderaan Yang Dibenarkan JPJ Malaysia Tahun 2014

Berkenaan spesifikasi ketelusan cahaya pada cermin gelap kenderaan di malaysia ni, baru2 ni satu jawatankuasa dah ditubuhkan bagi mengkaji semula Peraturan Baru Spesifikasi / Kadar Ketelusan Cahaya Cermin Gelap/Tinted Kenderaan selepas beberapa pihak mempertikaikan tentang faktor2 seperti suhu, iklim, keselamatan dan pelbagai lagi yang membabitkan cermin gelap/tinted ni.

Jadi, selepas kajian oleh jawatankuasa ni, dorang mengeluarkan keputusan Peraturan Baru Spesifikasi / Kadar Ketelusan Cahaya Cermin Gelap/Tinted Kenderaan Yang Dibenarkan JPJ Malaysia Tahun 2014 mcm gambar rajah dibawah :-

Peraturan Baru Spesifikasi / Kadar Ketelusan Cahaya Cermin Gelap/Tinted Kenderaan Yang Dibenarkan JPJ Malaysia Tahun 2014

Ringkasannya, perbezaan kadar sebelum ni cuma 20% ajerrrr , 2pon utk sisi penumpang belakang dan bahagian belakang daripada 50 peratus kepada 30 peratus.

Manakala ketelusan cahaya yang dibenarkan bagi cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pemindaan peraturan itu adalah mengikut standard antarabangsa.

Pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan baharu itu boleh dikompaun RM300 dan sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. So, dengan Peraturan Baru Spesifikasi / Kadar Ketelusan Cahaya Cermin Gelap/Tinted Kenderaan Yang Dibenarkan JPJ ni, korg kena la follow ye utk elak disaman.

#kereta kesayangan aku skg ni panas lagi, kena tambah lagi gayanye #tinted nye


No comments: