Sunday 5 October 2014

Cara mengesan CCTV / kamera litar tertutup di bilik mandi / tandas / homestay / resort/ hotel

Baru2 ni kita dikejutkan dgn kes pembicaraan seorg pengusaha rumah inap di Ipoh, Perak yang dituduh atas kesalahan mengintip 8 org pelanggan rumah inapnya mandi bogel melalui camera yang dipasang di bilik mandi.
Kes mengintai melalui CCTV / kamera litar tertutup  di bilik mandi / tandas / homestay / resort/ hotel bukanlah kes y baru namun kerana tidak berhati-hati atau terlepas pandang maka mudah menjadi mangsa skodeng ni.
Namun jangan kerana kes2 begini, kita membatalkan hasrat untuk bercuti dan melancong atau atas urusan kerja kerana takut diintai. Sebagai langkah-langkah keselamatan, maka wajar bagi kita mengetahui cara-cara mengesan CCTV / kamera litar tertutup  di bilik mandi / tandas / homestay / resort/ hotel yang dikunjungi.

Langkah-langkah mengesan CCTV / kamera litar tertutup  di bilik mandi / tandas / homestay / resort/ hotel:-

1. Setelah berada di bilik mandi / tandas , 0n bluetooth handphone.

2. Search device/peranti y aktif bluetooth.

3. Semak device/peranti y disenaraikan, dan kenalpasti jika terdapat device/peranti yang dinamakan seperti "cam090" /"webcame" atau nama2 yang pelik2, anda dinasihatkan utk membatalkan hasrat dihati utk menginap kerana besar kemungkinan terdapat wireless camera y sedang aktif sekitar anda.

4. Pengunaan wireless camera lebih praktikal bgi kerja2 skodeng sbb mmg sukar dikesan oleh mata kasar kita, xmacam camera y berserabut wayar tu.

Ok diharap cara2 mengesan kamera litar tertutup/CCTV dibilik mandi / tandas / homestay / resort/ hotel ini dapat membantu kita drpd menjdi mangsa skodeng org2 yang xbermoral ni. 

Thursday 2 October 2014

Peraturan Baru Spesifikasi / Kadar Ketelusan Cahaya Cermin Gelap/Tinted Kenderaan Yang Dibenarkan JPJ Malaysia Tahun 2014

Berkenaan spesifikasi ketelusan cahaya pada cermin gelap kenderaan di malaysia ni, baru2 ni satu jawatankuasa dah ditubuhkan bagi mengkaji semula Peraturan Baru Spesifikasi / Kadar Ketelusan Cahaya Cermin Gelap/Tinted Kenderaan selepas beberapa pihak mempertikaikan tentang faktor2 seperti suhu, iklim, keselamatan dan pelbagai lagi yang membabitkan cermin gelap/tinted ni.

Jadi, selepas kajian oleh jawatankuasa ni, dorang mengeluarkan keputusan Peraturan Baru Spesifikasi / Kadar Ketelusan Cahaya Cermin Gelap/Tinted Kenderaan Yang Dibenarkan JPJ Malaysia Tahun 2014 mcm gambar rajah dibawah :-

Peraturan Baru Spesifikasi / Kadar Ketelusan Cahaya Cermin Gelap/Tinted Kenderaan Yang Dibenarkan JPJ Malaysia Tahun 2014

Ringkasannya, perbezaan kadar sebelum ni cuma 20% ajerrrr , 2pon utk sisi penumpang belakang dan bahagian belakang daripada 50 peratus kepada 30 peratus.

Manakala ketelusan cahaya yang dibenarkan bagi cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pemindaan peraturan itu adalah mengikut standard antarabangsa.

Pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan baharu itu boleh dikompaun RM300 dan sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. So, dengan Peraturan Baru Spesifikasi / Kadar Ketelusan Cahaya Cermin Gelap/Tinted Kenderaan Yang Dibenarkan JPJ ni, korg kena la follow ye utk elak disaman.

#kereta kesayangan aku skg ni panas lagi, kena tambah lagi gayanye #tinted nye


Tuesday 27 May 2014

BEDAK MIYAMI COSWAY


Kenal tak ini bedak apa?

Ni namanye bedak MIYAMI TWO WAY FOUNDATION. Cda mula pakai sejak form 4 kalau tak silap. Tu pon lepas diperkenalkan oleh seorang kawan baik, Sue..

Bestnya pada cda sal bedak adalah sebab dia murah ckit berbanding jenama2 lain mcm MAYBELINE / SIMPLY SITI / SILKY GIRL. ceh sebut jenama2 yang cda penah pakai jela. Sebenarnya jenama PIXY lagi murah tapi kualiti tak sebaik MIYAMI..

Ni dia bedak MIYAMI ni :
MIAMI / MIYAMI

Bedak ni de 3 jenis warna :-

1. Light - code 5206
2. Medium -code 5207
3. Dark- code 5208

Cara pemakaian pun best sebab tak perlu pakai apa2 foundation sebab memang dah sedia ada. Lebih bagus, basahkan span sebelum disapu pada muka untuk kesan yang terbaik. (cda xsuka bg span basah sebab mcm tebal sgt plk). Untuk lebih membuatkan bedak ni melekat kat muka 2, pakai la pelembap/toner dlu. then , sapu la ckit sunblock klu nak guna waktu siang.

Bedak MIYAMI TWO WAY FOUNDATION ni hanya boleh dibeli di kedai COSWAY.

Harganya biasa :  RM28.00
Harga Ahli        : Tak menentu . Biasa RM16 / RM17 / RM18 lebih kurang macam tula bergantung pada katalog bulan semasa.

Jadi, nak jimat, kalau time ad offer sampai RM16 tu, boleh la beli banyak2 ckit buat stok masa mahal sebab MIYAMI TWO WAY FOUNDATION ni bukannye ad offer setiap bulan. Pernah sekali 2, makcik kirim MIYAMI dan terpaksa beli jugak harga RM28 sebab bedak dia dh habis terus. rugi2... :p


Ok. Untuk info juga, untuk jadi MEMBER COSWAY, boleh daftar terus di kedai COSWAY 2. Yuran nye RM30 setahun..

walaupun RM30 je , tapi dah kerana tiap-tiap tahun kena renew, jdi rasa macm mahal la ye. Tapi kalau xjdi MEMBER lagi rugi ye. Oleh kerana ramai adik beradik, sedara mara, dan kawan-kwan yang pakai barang COSWAY ni, maka cda pon jadi la MEMBER COSWAY selama bertahun2. kih8.... berkorban la ckit ye dak..

So, atas rasa kerjasama, sesiapa yang nak beli barang COSWAY tapi xnk jadi MEMBER, boleh la guna ID cda : pakai je nombor ni R692281 (NORIZAN)

  Klo nk daftar jadi ahli :  yuran tahunan RM31.80 untuk E cOSWAY dan RM53 untuk M Cosway,

Pendaftaran boleh dibuat secara terus di stokis Cosway berhampiran atau contact whatsapp 0105646361
dan Klo TAK NAK jadi MEMBER pon boleh je u all boleh guna  ID COSWAY (R692281)
mohon HALALkan point yang kami dapat ye. TQ :)

ID COSWAY R692281 -


BOLEH TGK POST CDA YANG LATEST UNTUK TGK KATALOG COSWAY LATEST DISINI


#cosway #miyami #miami #idosway #membercosway #redeem