Monday, 19 January 2015

Prosedur Nikah Negeri Perak




PROSEDUR KAHWIN / NIKAH DI NEGERI PERAK

hoooo pengalaman mendewasakan. ceh... ni saja nk share cmne nk kawin dalam negeri Perak sahaja k. Ni kahwin versi Manjung-Kuala Kangsar. Sama juga la kalau daerah2 lain dalam Perak. Asal saja PERAK. moh tgk.


1. KURSUS KAHWIN

-kursus ni wajib amik diambil oleh bakal pasangan suami isteri. Sijil Kursus Kahwin  ni hanya boleh dipakai sekali sahaja ye. Kalau nk kahwin lagi, kena la amik lg skali.
      Masa : 2 hari (8 pagi - 5 petang)
      Yuran : RM80.00
Prosedur Nikah Perak
Sijil Kursus Pra Perkahwinan

2.  BELI BORANG PERMOHONAN NIKAH

-Borang permohonan nikah ni belah laki perlu hantar dlu ke pejabat agama daerah dia, lepas pejabat agama daerahnye lulus baru la belah pompuan boleh hantar borang y lengkap tu ke pejabat agama belah pompuan plk ye. Borang permohonan nikah laki or pompuan ni sama sahaja kalau pasangan kita sama negeri. Mcm cda n husband la.. so, kami guna borang yang sama. Jadi husband beli 2set borang.. 1 untuk dia, 1 untuk cda.

HARGA BORANG : RM1.00 /satu

 3. Ambil UJIAN SARINGAN HIV (LELAKI N PEREMPUAN)

- Ujian Saringan HIV ni WAJIB diambil oleh semua bakal pengantin. Beberapa info pasal Ujian Saringan HIV ni:-
  • Ujian Saringan HIV boleh dibuat di klinik/hospital kerajaan SAHAJA.
  • Ujian Saringan HIV hanya boleh dilakukan di klinik/hospital yang berdekatan dengan tempat tinggal. Salah satu alasan y cda tau (nurse c2 bgtau la) adalah memudahkan bila nk preggnant/bersalin nanti sbb rekod dah ada ditempat tinggal kita. Jadi, make sure jgn terus terjah je klinik/hospital u olls tu, make sure u oll tanya dlu kat pegawai di pejabat agama tu u oll kena buat ujian di klinik/hospital mana. Kemudian,  u olls make call klinik/hospital tu utuk tahu  masa n hari yang dorg sediakan perkhidmatan Ujian Saringan HIV. Suruh u oll call slu sbb bukan smua klinik/hospital buat perkhidmatan tu setiap hari.  
  •  Link ni untuk semak no telefon n alamat klinik/hospital kat Malaysia nih :-        http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view/3 
  • Keputusan Ujian diketahui pada masa tu jugak. Cda buat di Klinik Kesihatan Padang Rengas. Dalam 2 jam settle!!
  • Ujian TALASEMIA hanya dijalankan selepas Ujian HIV selesai. tu pon kalau Pembantu Perubatan tu suspek sesuatu pada keputusan ujian darah tu.(katanye laaaa)
  • Selesai, balik la!
4. LENGKAP BORANG PERMOHONAN NIKAH (LELAKI)
- dalam borang tu perlu lengkapkan ...
  • Borang1 (Maklumat diri dan pasangan)
  • Borang Status Pemastautin
  • Borang Akuan Bujang
  • Borang Saringan HIV
-  kepilkan bersama lampiran:-
  • Salinan IC Pengantin Lelaki - 2 salinan
  • Salinan IC Pengantin Perempuan - 2 salinan
  • Sijil Asal (Ori) Kursus Pra Perkahwinan
  • Salinan Kursus Pra Perkahwinan - 1  salinan
- Kemudian hantar semua dokumen-dokumen lengkap tu ke Pejabat Agama Daerah ( Lelaki)
- Tunggu dalam 2,3 hari je untuk pihak pejabat agama tu sahkan permohonan kita.
- Boleh amik dan serahkan ke pihak perempuan plk utk proses di Pejabat Agama Daerah (Perempuan)

 5. Lengkap BORANG PERMOHONAN NIKAH (PEREMPUAN)
 
- hampir sama mcm belah laki cuma tambahan de BORANG WAKALAH .Jangan lupa bawa lampiran ni:-
  • Salinan IC Pengantin Lelaki - 2 salinan
  • Salinan IC Pengantin Perempuan - 2salinan
  • Salinan IC Wali - 2 salinan
  • Sijil Asal (Ori) Kematian (Jika wali selain bapa) - 2 Salinan
  • Sijil Asal Kursus Pra Perkahwinan (Lelaki n Perempuan) 
  • Salinan IC 2 orang Saksi (bawa semasa akad nikah) - 2salinan

-Isi lengkap dan hntar bersama-sama Borang Permohonan Nikah (Lelaki) yang dah siap disahkan tu ke Pejabat Agama Daerah (Perempuan)

- Sediakan RM5 semasa serahkan Borang Permohonan Nikah (Perempuan) sebagai yuran proses.

- Tgu dalam seminggu untuk ambil Borang yang dah disahkan. Tapi selalunya tok kadi amik dlu. (dia lagi cepat dari kita)

- Tunggu jela smpe hari nk menikah.. Lepas je nikah, Tok kadi akan serahkan Sijil Nikah Sementara.(cda terima hari nikah 2 juga, sgt express tok kadi ni)

- Untuk Sijil Nikah pula, selalunya amik masa 3 minggu untuk disiapkan. (bergantung pada pejabat agama daerah masing2)

- Lepas dapat Sijil Nikah, boleh la apply untuk Kad Nikah plk... Cara2 apply Kad Nikah lain entry plk ye kita cite.
Prosedur PErkahwinan nikah perak
Alhamdulillah



-TAMAT-

22 comments:

Cikgu Yuse =D said...

ssalam..cda buat ujian kt klinik kesihatan padang rengas waktu pagi ke?

cda yacob said...

wkumuslm... yups. Sy pergi dlm pkol 10pagi gitu..

The_mok said...

Assalam alaik..kak..berapa bulan ya masa perlu untuk siapkan urusan2 dokumen nikah kawen ni ya??sebulan ada??

cda yacob said...

Wkumslm.. Xsmpe sbulan pon..
1. Buat hiv test sehari
2. Submit borang seminggu sblm nikah pn xda masalah. Sebaiknya jmpa tok kadi tmpt kita dlu utk pilih tarikh y dia free. Sng trus buh tarikh permohonan nikah dlm borang tu nt..

Unknown said...

Oo kalau kat pej agama lama tak depa proses? Mcam sya pej agama taiping..

cda yacob said...

Pejabat xbgtau pn brp lama dorg proses cuma maklum kna submit borang paling lewat seminggu sblum nikah. So blh bg maksud proses paling cpt seminggu. 😜. Nk slmt buat awal la sis... Kiranya bab dokumen2 ni buat la sbulan awal.. Sbb bnda ni y plg penting.

Unknown said...

Ok sis.. Trima kssih yeeee

Unknown said...

saya nk tanya.. ujian hiv boleh xbuat dlu sblom ambik borang kat pejabat agama..

cda yacob said...

Boleh je tp kna pastikan klinik berkenaan ada menyediakan borang ujian hiv. Kang buat nye kita dtg melenggang, tup2 klinik suh amik borang kat pejabat agama. Tak ke dua kali kerja. :)

Unknown said...

Cmne plak cra utk org yg dh brstatus janda/duda . .? Mohon pencerahan..

cda yacob said...

Sory Nurliyana zulkefli , saya tak pasti la.:)

Unknown said...

saya nk tanya klo satu daerah hantar sekali dua2 borng blh kn ke pej.agama?

Unknown said...

xperlu nk pengesahan pihk lelaki dahulu

Unknown said...

xperlu nk pengesahan pihk lelaki dahulu

cda yacob said...

Saya tak pasti la bab ni. Better sis call terus pejabat agama.

Anonymous said...

Assalamualaikum cda. Kalau nikah lelaki perak dgn perempuan selangor, proses biasenye berapa lama ye?

Unknown said...

Salam , berapa upah nikah untuk perak ye ?

Unknown said...

surat akuan bujang siapa yg kena sah kan

cda yacob said...

Slunya majikan atau ketua kpg je

cda yacob said...

Wslm sy xsure.. RM80 klo xsilap

Unknown said...

Assalam. . Kalau pasangan lelaki perempuan dduk dikawasan perak buleh pergi sekali ke pajabat agama. .

Reem Doorgift said...

nice sharing