hoooo pengalaman mendewasakan. ceh... ni saja nk share cmne nk kawin dalam negeri Perak sahaja k. Ni kahwin versi Manjung-Kuala Kangsar. Sama juga la kalau daerah2 lain dalam Perak. Asal saja PERAK. moh tgk.
1. KURSUS KAHWIN
-kursus ni wajib amik diambil oleh bakal pasangan suami isteri. Sijil Kursus Kahwin ni hanya boleh dipakai sekali sahaja ye. Kalau nk kahwin lagi, kena la amik lg skali.
Masa : 2 hari (8 pagi - 5 petang)
Yuran : RM80.00
Sijil Kursus Pra Perkahwinan |
2. BELI BORANG PERMOHONAN NIKAH
-Borang permohonan nikah ni belah laki perlu hantar dlu ke pejabat agama daerah dia, lepas pejabat agama daerahnye lulus baru la belah pompuan boleh hantar borang y lengkap tu ke pejabat agama belah pompuan plk ye. Borang permohonan nikah laki or pompuan ni sama sahaja kalau pasangan kita sama negeri. Mcm cda n husband la.. so, kami guna borang yang sama. Jadi husband beli 2set borang.. 1 untuk dia, 1 untuk cda.
HARGA BORANG : RM1.00 /satu
3. Ambil UJIAN SARINGAN HIV (LELAKI N PEREMPUAN)
- Ujian Saringan HIV ni WAJIB diambil oleh semua bakal pengantin. Beberapa info pasal Ujian Saringan HIV ni:-
- Ujian Saringan HIV boleh dibuat di klinik/hospital kerajaan SAHAJA.
- Ujian Saringan HIV hanya boleh dilakukan di klinik/hospital yang berdekatan dengan tempat tinggal. Salah satu alasan y cda tau (nurse c2 bgtau la) adalah memudahkan bila nk preggnant/bersalin nanti sbb rekod dah ada ditempat tinggal kita. Jadi, make sure jgn terus terjah je klinik/hospital u olls tu, make sure u oll tanya dlu kat pegawai di pejabat agama tu u oll kena buat ujian di klinik/hospital mana. Kemudian, u olls make call klinik/hospital tu utuk tahu masa n hari yang dorg sediakan perkhidmatan Ujian Saringan HIV. Suruh u oll call slu sbb bukan smua klinik/hospital buat perkhidmatan tu setiap hari.
- Link ni untuk semak no telefon n alamat klinik/hospital kat Malaysia nih :- http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view/3
- Keputusan Ujian diketahui pada masa tu jugak. Cda buat di Klinik Kesihatan Padang Rengas. Dalam 2 jam settle!!
- Ujian TALASEMIA hanya dijalankan selepas Ujian HIV selesai. tu pon kalau Pembantu Perubatan tu suspek sesuatu pada keputusan ujian darah tu.(katanye laaaa)
- Selesai, balik la!
4. LENGKAP BORANG PERMOHONAN NIKAH (LELAKI)
- dalam borang tu perlu lengkapkan ...
- dalam borang tu perlu lengkapkan ...
- Borang1 (Maklumat diri dan pasangan)
- Borang Status Pemastautin
- Borang Akuan Bujang
- Borang Saringan HIV
- Salinan IC Pengantin Lelaki - 2 salinan
- Salinan IC Pengantin Perempuan - 2 salinan
- Sijil Asal (Ori) Kursus Pra Perkahwinan
- Salinan Kursus Pra Perkahwinan - 1 salinan
- Tunggu dalam 2,3 hari je untuk pihak pejabat agama tu sahkan permohonan kita.
- Boleh amik dan serahkan ke pihak perempuan plk utk proses di Pejabat Agama Daerah (Perempuan)
5. Lengkap BORANG PERMOHONAN NIKAH (PEREMPUAN)
- hampir sama mcm belah laki cuma tambahan de BORANG WAKALAH .Jangan lupa bawa lampiran ni:-
- Salinan IC Pengantin Lelaki - 2 salinan
- Salinan IC Pengantin Perempuan - 2salinan
- Salinan IC Wali - 2 salinan
- Sijil Asal (Ori) Kematian (Jika wali selain bapa) - 2 Salinan
- Sijil Asal Kursus Pra Perkahwinan (Lelaki n Perempuan)
- Salinan IC 2 orang Saksi (bawa semasa akad nikah) - 2salinan
-Isi lengkap dan hntar bersama-sama Borang Permohonan Nikah (Lelaki) yang dah siap disahkan tu ke Pejabat Agama Daerah (Perempuan)
- Sediakan RM5 semasa serahkan Borang Permohonan Nikah (Perempuan) sebagai yuran proses.
- Tgu dalam seminggu untuk ambil Borang yang dah disahkan. Tapi selalunya tok kadi amik dlu. (dia lagi cepat dari kita)
- Tunggu jela smpe hari nk menikah.. Lepas je nikah, Tok kadi akan serahkan Sijil Nikah Sementara.(cda terima hari nikah 2 juga, sgt express tok kadi ni)
- Untuk Sijil Nikah pula, selalunya amik masa 3 minggu untuk disiapkan. (bergantung pada pejabat agama daerah masing2)
- Lepas dapat Sijil Nikah, boleh la apply untuk Kad Nikah plk... Cara2 apply Kad Nikah lain entry plk ye kita cite.
Alhamdulillah |
-TAMAT-