Sunday, 5 October 2014

Cara mengesan CCTV / kamera litar tertutup di bilik mandi / tandas / homestay / resort/ hotel

Baru2 ni kita dikejutkan dgn kes pembicaraan seorg pengusaha rumah inap di Ipoh, Perak yang dituduh atas kesalahan mengintip 8 org pelanggan rumah inapnya mandi bogel melalui camera yang dipasang di bilik mandi.
Kes mengintai melalui CCTV / kamera litar tertutup  di bilik mandi / tandas / homestay / resort/ hotel bukanlah kes y baru namun kerana tidak berhati-hati atau terlepas pandang maka mudah menjadi mangsa skodeng ni.
Namun jangan kerana kes2 begini, kita membatalkan hasrat untuk bercuti dan melancong atau atas urusan kerja kerana takut diintai. Sebagai langkah-langkah keselamatan, maka wajar bagi kita mengetahui cara-cara mengesan CCTV / kamera litar tertutup  di bilik mandi / tandas / homestay / resort/ hotel yang dikunjungi.

Langkah-langkah mengesan CCTV / kamera litar tertutup  di bilik mandi / tandas / homestay / resort/ hotel:-

1. Setelah berada di bilik mandi / tandas , 0n bluetooth handphone.

2. Search device/peranti y aktif bluetooth.

3. Semak device/peranti y disenaraikan, dan kenalpasti jika terdapat device/peranti yang dinamakan seperti "cam090" /"webcame" atau nama2 yang pelik2, anda dinasihatkan utk membatalkan hasrat dihati utk menginap kerana besar kemungkinan terdapat wireless camera y sedang aktif sekitar anda.

4. Pengunaan wireless camera lebih praktikal bgi kerja2 skodeng sbb mmg sukar dikesan oleh mata kasar kita, xmacam camera y berserabut wayar tu.

Ok diharap cara2 mengesan kamera litar tertutup/CCTV dibilik mandi / tandas / homestay / resort/ hotel ini dapat membantu kita drpd menjdi mangsa skodeng org2 yang xbermoral ni. 

Thursday, 2 October 2014

Peraturan Baru Spesifikasi / Kadar Ketelusan Cahaya Cermin Gelap/Tinted Kenderaan Yang Dibenarkan JPJ Malaysia Tahun 2014

Berkenaan spesifikasi ketelusan cahaya pada cermin gelap kenderaan di malaysia ni, baru2 ni satu jawatankuasa dah ditubuhkan bagi mengkaji semula Peraturan Baru Spesifikasi / Kadar Ketelusan Cahaya Cermin Gelap/Tinted Kenderaan selepas beberapa pihak mempertikaikan tentang faktor2 seperti suhu, iklim, keselamatan dan pelbagai lagi yang membabitkan cermin gelap/tinted ni.

Jadi, selepas kajian oleh jawatankuasa ni, dorang mengeluarkan keputusan Peraturan Baru Spesifikasi / Kadar Ketelusan Cahaya Cermin Gelap/Tinted Kenderaan Yang Dibenarkan JPJ Malaysia Tahun 2014 mcm gambar rajah dibawah :-

Peraturan Baru Spesifikasi / Kadar Ketelusan Cahaya Cermin Gelap/Tinted Kenderaan Yang Dibenarkan JPJ Malaysia Tahun 2014

Ringkasannya, perbezaan kadar sebelum ni cuma 20% ajerrrr , 2pon utk sisi penumpang belakang dan bahagian belakang daripada 50 peratus kepada 30 peratus.

Manakala ketelusan cahaya yang dibenarkan bagi cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pemindaan peraturan itu adalah mengikut standard antarabangsa.

Pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan baharu itu boleh dikompaun RM300 dan sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. So, dengan Peraturan Baru Spesifikasi / Kadar Ketelusan Cahaya Cermin Gelap/Tinted Kenderaan Yang Dibenarkan JPJ ni, korg kena la follow ye utk elak disaman.

#kereta kesayangan aku skg ni panas lagi, kena tambah lagi gayanye #tinted nye